Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

low profile ker??

p as abes lab session tadi, terus pi antar lab report yang berlambak-lambak kat lecturer punya room. untuk pengetahuan umum, dari lab bio yang berada di blok A, tingkat 3 kat depan ni menuju ke lecturer aku punyer bilik adalah mengambil masa lebih kurang berjalan kaki sebanyak 10 minit dan berlokasi di block C yang keterbelakang sekali jugak di tingkat yang paling tinggi, 3.. dan aku sekarang berada di situasi bulan puasa.. pagi tadi dahlah terlepas sahur, maknenya takdelah sumber2 air yang masuk ikut aku punyer esofagus ni. dan agak-agaklah korang ape yang aku rasa sampai tengahari ni. .. tengahari ye, kawan-kawan.. tu baru hari ni. semalam punyer cter tak tau lagi,kan.. meh la aku sambung sikit. semalam pagi, dari kol 8 pagi hinggan 10, 12 sampai 2, 2 sampai 4 dan 4 sampai 6 aku ada kelas ngan lab session yang amat memenatkan. dari puncak membawak ke ujung dunia ni boleh aku ibaratkan perjalanan aku semalam. tu baru datang cni nak belajar. aku ingat2lah kalo shopping pun tak le penat camni skali. fuyoh.. tapi bagus jugak sebab aku tak terasa nak menghitung waktu berbuka. macam masa kecik2 dulu tu.

dah lah semalam dulu terlepas extra class ngan miss hadija, tadi aku kenalah jawab ngan dia, naper aku tak menghadirkan diri . nasib baiklah miss tu baik hati tak sampai nak marah2 aku. alhamdulillah..itulah berkat bulan ramadhan orang cakap. aku cukup suka ngan ramadhan month ni. tapi sayang aku dah terlepas satu malam terawih.. sayang sangat2kan.. setakat nilah,okey. tu pun nasib baik sara yang beria-ria ajak aku pi sama , kalo tak maunya aku nak pegi. maklumlah.. pemalas.. thanks sara sebab memotivasikan diri aku yang hina ni. aku terbaca jugak dalam buku keagamaan ..naper kita nak mensia-siakan peluang untuk beribadat yang dituntut hanya dalam setahun sekali kan? sebab kita belum pasti adakah kita akan berpeluang lagi untuk melakukan ibadah ni untuk tahun hadapan, sebab pucuk pangkalnya, kita tak tahu bila kita akan pergi. sempat ke tak kita untuk tahun depan.. renung2kn dan selamat beramal..

aku tak berbuka secara extreme sangat tahun ni, dah takde air yeos campur,tebu ataupun air carrot susu cam dulu. tahun ni aku low profile gler. maklumlah, duk jauh ngan famili...duit pun aku guna untuk buat menda lain..nak print lab report yg berlambak2, assignment lagi.. tu sumer duit beb.. bukan guna air liur, k.. dan yang pasti duit yang aku ada sekarang ni bukan turun dari langit mahupun hartawan yang dermawan buang duit begitu sahaja. duit yang aku ada sekarang ni, adalah hasil dari keringat dan titik peluh abang aku yang dah berapa bulan tak bayar duit motor dia dan yang aku tengok cam rangka hidup tiap2 kali datang kat umah sewa aku untuk bagi duit belanja. aku cukup kecian ngan dia. sepatutnya duit tu dia simpan untuk nak kawin ke ape tapi alik2 aku plak yang tolong wat perabis. aku hidup susah.. hidup atas belas orang plak tu. so, aku kena sedar diri..

tahun ni bukak pose nagn kurma dan air kosong jer, kalo rajin aku wat air teh panas.. tapi aku memang mengharapkan mak aku yang buat sirap ngan biji selasih, ataupun air oren sejuk. aku cuma mampu berharap.. aku teringin jugak nak makan ikan patin masak tempoyak yang tokwan aku buat, sebab sangat2 sedap , sampai menjilat kuku. kalo sahur plak aku suk a sardin goreng yang pakcik aku masak.. baik punyer lah.. nak 2 cicah ngan cengkodok..plus nescafe panas. tahun ni, sekali sekala lah aku makan sedap2.. makan nasik jugak tapi biasalah lauk orang bujang ikan bilis goreng takpun telor goreng jer. gaul2 cket ngn kicap pun jadik. nak best cket megi goreng or bubur nasik. aku layan jer.. on diet jgk..

ramadhan sepatutnya mengajar kita agar lebih berserdahana dalam setiap genap ruang yang ada, kan.. kan tujuan utamanya supaya yang kaya dapat merasai apa yang miskin rasai ..tapi sekarang ( dari dulu lagi sebenarnya) aku tengok apa yang terjadi sudah semakin songsang...

entahlah, aku pun agak2 konpius.. kat luar dah ujan lebat jer aku tengok, walhal tadi pagi masa nak datang kat kampus kan main teriknya. betol2 menguji jiwa aku ni...kalo kat umah dah tidor agak2 ni. sambil2 aku nak cari bahan untuk wat assignment aku nih, update lah aku punyer blog skali.. rindu jugak nak membebel macam mak nenek.. walaupun camtu aku ada terasa sedikit kebosanan dan kesunyian sekarang. entahlah.. if two is lonely, so one is disaster.. im right??