|
hari sabtu lalu aku ke rumah angah di bukit sentosa, rawang..
mahu habiskan masa dengan kakak kesayangan aku..
satu2nya dia..
dia menjemput aku di stesen komuter
masih dgn bj kerjanya lagi..
heh, kecian..
penat masih memancar dimukanya..
mesti dia mengejar masa dan bus mahu menjemput aku..
untuk adiknya yg sorang ni...
ahh..
aku terpaksa menyusahkan..
tetap mahu ke rumah dia..
mahu cas tenaga..
yg masih punya sisa..
ya,
nyata dia punya aura sendiri,
aku hilang penat setelah melihat kelibat dia..
melambai ke arah aku..
angah,
aku rindu kamu,
sejak pertunangannya di rumah tokwan raya korban lepas pun,
aku masih rindu..
kamu..
ahh..
nyata keluarga pengubat duka aku.
malamnya kami ke pasar minggu..
untuk mengisi ruang perut yg minta untuk di penuhi..
malamnya aku borak2 dengan angah,
malamnya aku borak2 dengan angah,
cerita tntg apa yg aku lakukan ujung minggu lalu..
hal di campus ,di rumah, hal rakan2..
semuanya..
aku di selidiki seperti banduan dlm penjara lagaknya..
dan aku ceritakan juga psl kamu sayang..
pada angah..
yg nyatanya, kamu ada sedikit genetik dr dia..
hahaha..
sedikit kelakar..
abaikan..
satu saat aku cerita dengan angah,
tentang rindu aku pada mak dan ayah..
aku tanya dia rindu juga atau tidak??
dia terdiam..
aku jua terdiam..
kedian lantas sahaja dia usulkan pada aku,
hujung minggu nanti kita pulang ya, katanya..
aku diam..
tenung dan renung..
ada pengharapan di situ..
ada peluang kita pulang..
sesaat dia turun ke bawah,
hilai ketawa kami tetiba jadi gersang..
jadi rapuh..
dan aku yg masih di atas katil,
tetiba sendu....
mahu sj aku pelok dia,
mahu tangis ini ada insan yg menyeka...
lewat malam itu aku tido awal...
tido di sebelahnya..
teringat kisah silam aku dan dia..
teringat kisah silam aku dan dia..
dulu kami tidak rapat.
mcm kucing dgn anjing..
selalu gaduh,
selalu masam muka..
sampai masa aku pk dia tidak sayang aku
benci aku,
kerna aku selalu sj di cubitnya,
di perlinya,
dimakinya..
ahh, zaman itu..
tragis..
tp indah..
ironinya,
sekarang dialah teman terbaik aku,
bajunya seringkali menjadi pinjaman aku,
lagunya selalu menjadi laguku..
rahsia aku adalah rahsianya..
dan yg amat pasti,
dia begitu butuh untuk mengalir airmata..
dia begitu butuh untuk mengalir airmata..
payah,
suka
dan amat susah..
dan amat susah..
aku mohon kami akan terus kukuh..
terima kasih angah untuk menjemput aku,
moga kamu dan abg zul sampai ke jinjang pelamin xlm lg..
aku pulang dlu..
jg diri..
sayang kamu sentiasa angah..
sayang kamu sentiasa angah..

Post a Comment