journey to setapak, KL

semalam zack ajak aku ngan sara g bukak pose kat umah pakcik dia kat setapak.. actually aku tak nak g. maklumlah duit aku dah takde satu sen pun. wat pe aku nak nyusahkan diri aku sendiri,kn. baik aku duk rumah. tapi si zack ni degil sungguh nak ajak aku, dia tanya aku nak pegi ke tak, kedian aku tak jawab lagi dia terus cakap " kena pergi jugak walau apa2 pun, no excuse anymore" katenya. aku pun tak paham lah minah tu kalo tak bagi aku jawab jgn ler tanye, penat jer aku cari jalan mcm mana nak ngelak.. hahahaha.. zack2...

so, i have no choice kalo cakap ngan budak si head stone tu.
terpakse surender kate org. white flag should i need to give to her.
tak kan menang nya aku niih...trust in me..
zack ni memang cmtu, mungkin dia rasa serba salah kot kalo aku tak ikut.
thanks,z.. 4 everything buddy.. hanya ko jer yang tau ape yang aku maksudkan ni..
tunggulah, aku ni jenis yang akan kenang budi orang yang buat baik kat aku.
aku takkan lupakan budi baik ko selama ni.

kekasih aku boleh carik bila2 jer walaupun tak de org nak kat aku tapi kawan cam ko mane aku nak jumpe skrg?? lubang bawah tanah mana yang aku nak korek?? kubur mana yg aku nak kena gali?? woii.. taakkan aku nak kawan ngan d dead corpse plakk?? adoyai...

best gler dapat g setapak tu , walaupun bagi orang lain just the normal place it was. but for me, yesterday wasn't the usual journey. it wasn't..

perjalanan kami bertiga bermula dgn menaiki teksi menuju ke batu 3, kedian menunggu tren plak ke kl sentral. turun, menukar laluan ke bank negara. sebenarnya nak jumpa housemate yang akan terbang ke sabah malamnya. nak bagi barang cket. trus ke bank negara n then pakcik z jumpa kat sogo. sementara menunggu pakcik dia, relax2 n round2 cuci mata tgk2 sales yang sedang hangat berlangsung. satu hari nanti dengan harapan tinggi aku nak bawak mak aku datang cni. nak bagi dia duit seribu, bagi dia belanja sakan. kalo tak cukup aku bagi lagi..hahahaha.. mak tunggu tau saat tu.. hari tu acik just jadik tukang angkat barang jer.

atas sebab yg tak dapat pakcik dia elakkan kitorang terpaksa naik LRT, ke kampung baru. terpaksa kami redah laluan penjalan kaki yang begitu sibuk dengan lautan manusia yang ingin bershopping sakan. kuasa d tangan pembeli.. ya, itu memang benar. melalui pelbagai jalan, TAR.. yang begitu eksyen skali dengan pelbagai gerai menjual barangan tekstil dan mcm2 lagi, sempat lagi kami mencuci mata. lain kali kami akan datang lagi ke sini. naik LRT ke kgbaru dan menunggu pakcik Ni disana. terpengun aku nagn sara melihat keindahan KLCC dan jugak Menara KL yang terletak hampir berdekatan.

dah sampai kerumah pakcik Ni. ruamh flat, tingkat 3. nasib baik ada lift dan tak rosaak.. hmmm.. keluarga yang sempurna bagi aku. Pak Ni ada 6 orang anak, 2 lelaki & 4 girl. yang paling kecik tu yang paling cute. suka senyummacam aku jugak.hehehe.. comelnya.. entri seterusnya aku postkan gambar tu,ok?? makcik dia pun okey sgt, cikgu. pandai masak plak tu.

petangnya hujan lebat trun, nampak KLCC dan jgk Menara KL ..dah pasang lampu waktu tu. bila hujan trun, suasana dah menjadi semakin kelam. indah sangat pemandanagn seperti ini. sangat menarik juga. dan teruja.

malam tu kitorang berbuka minum fresh orange dan jugak lauk pauk yang mjadi kegemaran aku, ayam masak merah. ada tembikai sbgai pencuci mulut dan sambal belacan yang pastinya menjadi pujaan hatiku. thanks pakcik Ni ngan Cik Su. sodap...
nak balik tu dalam kol 9 jugaklah, trus naik tren k ebatu 3. letih jugak dan kekenyangan sambil tahan ngantuk. sampai d batu 3 dalam kol 10 tapi sayang banyak teksi yg tak nak ambik kami. terpaksa tahan sejuk malam akibat hujan renyai2. romantisnya dgn cahaya neon malm tu. akhirnya dpt jgk kami balik, hmm.. takut jgk kalo terpaksa tdo kat steyen tren tu. bertiga, malam gelap, suasana sejuk dan kami; anak dara.. huh...tak ada apa yang lebih extreme lagi..
0 Responses